Program affiliate bermaksud kita sebagai Agen (orang tengah) akan mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dan akan mendapat bayaran (komisen) jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate kita.
AGEN (link affiliate) > PEMBELI > LAMAN WEB = KOMISEN
Sedikit istilah yang perlu difahami:
Affiliate Marketer – Juga dipanggil sebagai affiliates atau agen.
Affiliate Manager – Pemilik program affiliate. Dikenali juga sebagai Merchant.
Link Affiliate – Link unik khas untuk setiap affiliate marketer.
Komisen – Jumlah bayaran terhadap setiap jualan yang berjaya dihasilkan.
Sistem Affiliate – Perisian Online yang akan mengesan/menjejak (track) setiap aktiviti yang tertentu seperti klik, rekod jumlah komisen dan lain-lain lagi.
Aliran asasnya adalah begini:
Link Affiliate Agen > PEMBELI > Laman Web Jualan > Sistem Rekod Jumlah Komisen
Penerangan:
Pembeli akan klik pada link affiliate agen. Apabila pembeli melakukan pembelian produk yang dipromosikan itu, maka sistem akan merekod jumlah komisen yang berhak agen dapat.
Contohnya satu produk berharga RM50.00 dan komisennya pula ditawarkan sebanyak RM25.00 (50%) untuk satu jualan. Jadi, jika ada 3 orang yang membeli produk itu melalui link affiliate anda (agen), anda akan mendapat RM75.00. Maknanya di sini, anda akan mendapat upah/komisen, apabila anda berjaya menjual produk yang dipromosikan tersebut.
Anda tidak perlu faham secara teknikal bagaimana sistem affiliate berfungsi. Tidak mudah untuk memahaminya terutama yang tidak biasa dengan istilah teknikal. Cukuplah dahulu anda memahami bagaimana aliran prosesnya, apa yang perlu dan juga bagaimana caranya sistem dapat mengenal-pasti sesuatu link affiliate itu milik siapa iaitu melalui ID yang unik. Faham asas ini pun sudah memadai.
Sistem Affiliate banyak jenis di Internet. Ada yang simple dan ada yang kompleks. NAMUN, semuanya melakukan fungsi asas yang sama sahaja iaitu merekod aktiviti bagi setiap link affiliate agen seperti di mana link itu dipromosikan, jumlah klik pada link dan juga merekod komisen jualan jika ada pembelian produk melalui link tersebut.
Anda tidak perlu ada produk. Semuanya disediakan oleh kami dan vendor kami .
Anda tidak bertanggungjawab terhadap penghantaran produk. Kami akan pos bagi anda .
Anda tidak perlu menyediakan servis pada pelanggan.
Anda tidak perlu pening – pening kepala memikirkan risiko sebelum dan selepas jualan.
Anda juga boleh memilih untuk promosi apa sahaja produk yang anda mahu.
Anda cuma perlu promosi link affiliate dan dapat komisyen bagi setiap jualan yang anda berjaya hasilkan.
Perhatian : Yuran keahlian dikenakan Rm 30.00 sekali seumur hidup .
Username : Demo / Password : demo123
Subscribe to the Martfury mailing list to receive updates on new arrivals, special offers and our promotions.